Tuesday, January 1, 2013

Review Pemenang Segmen Memori 2012 terpahat di ingatan .


Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam 1 malaysia..

Dengan rasminya segmen pertama ecah iaitu Segmen: Memori 2012 terpahat di ingatan telahpun tamat seiring dengan  berakhirnya tahun 2012 kita..maka 2012 yang lalu itu pasti menjadi kenangan dan memori buat kita semua (aiceh ayat..) trima kasih kepada 50++ blogger-blogger ni [sini] yang sudi untuk berkongsi kenangan pahit manis yang tak dapat dilupakan kalian pada tahun 2012 ni.. Alhamdulillah walaupun ni segmen pertama dan tiada hadiah yang dijanjikan, tetapi ecah puas hati sebab diorang sudi join juga,.. soo insyaAllah ecah akan rajin-rajin menjenguk ke blog korang pasni ok.. ^_^

Haa..setelah membelek-belek entri kalian yang kebaboom! banyak dan semuanya memang best.,tapi 3 blogger ini yg terpilih untuk direview..TAHNIAH! (yang lain jangan sedih-sedih tau, ecah godek-godek juga dan entry korang)

1st Best: tiada yang lebih indah daripada ke Rumah Allah
entri memori terindah yang dilakarkan oleh eyza dalam entri [INI].. ecah tertarik dan sedikit Cemburu dengan beliau kerana pada usia yang muda lagi dia dah menjejakkan kaki ke Rumah Allah Makkah dan Madinah.. InsyaAllah suatu hari nanti ecah juga akan menyusul ke sana.. sama-sama la kita berdoa supaya suatu hari nanti kita juga dapat menjadi tetamu Allah seperti eyza.. Tahniah sis eyza.,, anda bertuah.. dan selamat menjadi tunangan orang ya.. (jom ucapkan tahniah pada EYZA dalam blog [Dia]

2nd best: memori sedih, kehilangan sukar dilupakan
sebenarnya ada beberapa memori sedih daripada blogger yang join.. tapi ecah pilih entri daripada cik adik Nuraini Sukhor [KLIK]. Sedih saja ecah baca..huhuhu.. dia kehilangan sesorang adik sepupu yang baru berumur 6 tahun.. membaca entrinya membuatkan ecah berfikir dan mengingati bahawa mati itu pasti dan kematian itu pasti akan menjemput sesiapa saja tidak kira usia kita.. ecah tahu bagaimana rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang.. semoga keluarga arwah terus tabah menjalani ujian Allah ini. Alfatihah buat arwah.

3rd best:  banyak ujiannya
entri daripada sis mimie najib dalam entri segmen ini [SINI] menceritakan banyak sekali suka duka dia menanti untuk dijabkabulkan bersama encik tunangnya..ujian tu ye sis. ecah doakan semoga sis sabar menanti dan insyaAllah janji Allah itu pasti, Allah sebaik-baik perancang kan.. 

~jom kita follow mereka ni ok!~


Ok. dikesempatan ini, ecah juga nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua.. semoga pada tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dan pelbagai memori terindah dapat dicipta pula untuk tahun baru ni ok!

p/s: walaupun segmen dah habis, tapi kita masih boleh lagi nak bw ke blog mereka-meraka ni [Tekan]..
jom eratkan silaturahim kita ok.. ^_^



2 comments :

kinara kinatara said...

wah..tahniah bagi yang di review..segmen ini sangat menarik..:)

mrs eyza said...

thanks ecah sebab review memori eyza... =)